Totorial ini menggunakan software Tuner Pro sebagai contoh edukasi edit ecu Honda L Series dengan menggunakan ecu jenis Keihin.
Click file, open Bin dan pilih Bin file kereta yang telah anda read. Kemudian click XDF, select XDF yang anda telah beli. pastikan nombor Bin File dan XDF sama.
OVERVIEW : struktur mapping ecu keihin terbahagai kepada 1. DTC (untuk delete error code berkaitan, contoh seperti P0420 yang biasa akan menyebabkan indicator Check Engine Light menyala. Error code ini akan dipadam kekal dalam ecu. namun harus berhati-hati jika tersilap padam error code enjin tidak dapat bekerj dengan betul. fungsi DTC ini hanya ada untuk model-model tertentu sahaja. 2. ECU ID NUMBER : Ini adalah nombor id dalam ecu dalam format Hexadecimal 3. FUEL : Ini adalah tempat dimana untuk adjust fuel system seperti air flow scalling, target Air Fuel Ratio, Closed Loop dan Open Loop Fuel Condition yang mana ini semua akan menentukan fuel consumption nanti. 3. THROTTLE CONTROL : memandangkan model kereta ini Throttle Body jenis drive by wire, bukaan throttle body dapat dikawal sepenuhnya oleh ECU bagi menyesuaikan corak pemanduan sama ada ecomode dan agessive mode. 4. LIMIT : Enjin limit seperti maksimum Revving Limit, Stationary Revving Limit dan Vehicle Speed Limit akan adjust diruang ini. 5. POP AND BANG ACTIVATION : Bagi penggemar bunyi pop and bang, ada tempat khas dimana kita boleh laraskan bunyi ekzos supaya lebih menarik semasa pop and bang berlangsung 6. IGNITION : ORIGINAL FACTORY menggunakan kaedah tersendiri bagi mengawal Ignition Timing bagi sesebuah enjin. 7. VTEC : Tempat dimana ECU switch On dan Off VTEC System. 8. IDLE : Laraskan Idle RPM enjin
p/s : Tutorial ini akan menceritakan perihal Tuning dengan memahami bagaimana ECU Keihin bekerja dengan enjin L Series supaya kita boleh tahu dimana tempat sepatutnya dilaras bagi mendapatkan result enjin yang lebih respon dan bertenaga tanpa menjejaskan ketahanan enjin.
FUEL CONTROL
Model ini menggunakan Closed Loop Fuel Control yang mana di setiap masa ekzos sensor sentiasa bekerja dengan mengambil kira asap ekzos dan hantar “report” kepada ECU supaya Air Fuel Ratio sentiasa dalam keadaan Stoichmetric (AFR 14.7) Keadaan ini dikawal oleh bukaan throttle yang boleh diubah corak kawalannya di map Throttle To Enter Full Load (map dari keadaan closed loop pergi ke open loop dan juga Throttle to Exit Full Load (map dari keadaan Open Loop pergi ke Closed loop)
Open Loop adalah keadaan dimana ecu akan ikut Mapping yang telah ditetapkan oleh Engineer tanpa ada “report” daripada Ekzos Sensor.
Mapping utama bagi mengubah fuel sistem dalam keadaan Open Loop adalah
Kesemua map ini perlu di laras berdasarkan Long term fuel trim (LTSF) dan juga short term fuel trim (STFT) bagi mendapatkan result fuel tuning yang bagus.
Jika dilihat rajah dibawah, map Throttle To Enter Full Load adalah 90 % bukaan Throttle, bermakna selagi kita tidak tekan pedal minyak lebih 90 %, fuel akan sentiasa dalam keadaan closed loop. Dengan menetapkan kondisi throttle to enter full load, contohnya diset pada 50% bukaan throttle, akan menyebabkan ecu masuk ke open loop lebih cepat, hasilnya respon enjin akan lebih rasa kuat lebih ketara, tetapi menyebabkan fuel consumption meningkat.
THROTTLE CONTROL
Disini adalah tempat untuk adjust throttle respon. Kebiasaanya Throttle Table merujuk kepada bukaan throttle Body VS Pedal Accelerator VS RPM. OEM setting biasanya akan buat bukaan throttle smooth dan tidak aggressive bagi memudahkan semua golongan memandu dengan selamat. Sebagai contoh dalam rajah di bawah, pada RPM 2000 dan buaan pedal 9%, bukaan Throttle Body sebenar adalah pada 6%.
Bukaan sebenar Throttle body boleh dilaraskan untuk memberi effect pemanduan Arggessive , contohnya pada rpm2000 dan pedal 9% bukaan dilaraskan kepada 50% bukaan throttle body. Ini memberikan rasa pemanduan yang berbeza akan tetapi jika dilaras terlalu tinggi, kereta akan rase jerking.
Terdapat beberapa kaedah kawalan dalam ECU asal untuk mengawal bukaan throttle body. Disebabkan itu terdapat banyak Map Throttle table dalam Map ini. ada yang mengawal berdasarkan bukaan Throttle VS RPM, Bukaan Throttle VS Speed , Bukaan throttle di ECO-mode dan sebagainya.
MAP berkaitan throttle juga biasa dikaitkan dengan Table Torque Request.
IGNITION
Keihin ECU menggunakan kaedah “Active Knock Correction” bagi mengawal Ignition Timing. Contohnya jika kita gunakan petrol dengan Ron tinggi, igntion timing yang lebih tinggi akan digunakan,sebabliknya jika kadar Ron rendah, ignition timing automatik akan jadi rendah bagi mengelakkan berlakunya kncoking.
Map utama bagi mengawal adalah Ignition Timing (Base Ignition Timing) adalah Igntion Vtec Off dan Ignition Vtec ONN. daripada map ini, terdapat 3 map “correction” berdasarkan knock value yang dibaca oleh knock sensor.
Value akhir ignition timing boleh diketahui melalui datalog dalam scanner ataupun software logging bagi memastikan apa yang kita set samaada betul tidak daripada target ignition timing yang kita mahukan.
POP AND BANG ACTIVATION
Bagi penggemar bunyi Pop and bang, ada tempat khas perlu di laras dalam ECU supaya dapat mengeluarkan bunyi yang menarik.
Konsep asasnya adalah, setiap kali pedal minyak dilepaskan setelah RPM naik (deceleration) , Injector akan masuk ke mode Fuel Cut Deceleration bagi membantu RPM Turun lebih cepat disamping dapat menjimatkan penggunaan bahan api. Ertinya Injector akan Off seketika sehingga ke RPM tertentu semasa proses ini terjadi.
Untuk jadikan bunyi pop and bang, kita perlukan Fuel. Injector perlu spray fuel dengan kuantiti tertentu supaya hasil gabungan Igntion Retard + Fuel + Udara yang masuk = Bunyi Pop and bang yang menarik.
Dalam mapping ini terdapat tempat namanya Pop Bang Activation. Overrun Injector RPM 1 dan 2 adalah tempat perlu dibuka RPM supaya injector kelas spray semasa decelaration manakala Overrun Injector Delay adalah berapa kuantiti (ms) injector akan spray semasa decelaration.
Value dalam table ini menunjukkan value yeng telah diubah untuk jadikan bunyi Pop and Bang.
LIMIT
REV LIMIT
Disini tempat Limit bagi Revcut perlu di adjust. bagi parameter Rev Limit, terdapat banyak tempat di rev table rev limit dan ia digunakan dalam pelbagai situasi untuk pertimbangan ecu membuat Rev Cut berdasarkan kondisi enjin. Secara asasnya, dalam 1 table rev limit ada dua value, value sebelah kiri adalah rev limit masa statik (kenderaan tidak bergerak)dan sebelah kanan adalah rev limit enjin (semasa kenderaan bergerak). cara untuk adjust cara mudah adalah naikkan value rev limit pada table kiri dan kanan kepada satu value contohnya 7500 rpm pada semua table rev limit, ini membolehkan enjin rev sehinggan 7500 semasa statik mahupun bergerak.
Jika nak buat 2 step Rev Limit (launch Control, table sebelah kiri (contohnya pada rajah 3500), tetapkan value (contoh) 4000 rpm pada semua table rev limit yang ada (sebelah kiri sahaja).
Speed Limit
Pada rajah terdapat satu table Speed Limit yang mewakili (sebelah kiri) RPM semasa Speed Limit berlaku dan (sebelah kanan) KMH Limit yang ditetapkan. Untuk mengubah limit ini perlu diubah KMH Value kepada 300kmh dan RPM perlu diubah kepada value lebih tinggi sama seperti Rev Limit sekarang (contohnya 7500 RPM).
Terdapat juga model ECU yang menggunakan Speed Limit By Throttle Body Cut yang mana tujuannya adalah menutup throttle body semasa Speed Limit berlaku. Table Ini juga akan dibuka sehingga 300 kmh bagi membuang speed limit kenderaan.