1. Faktor usia ECU, Wiring dan Sensor
Tidak dinafikan, walaupun pada tahun 2025, masih ada lagi peminat kenderaan atau Enjin yang diperbuat dari tahun 1980. Usia Enjin, Wiring, Sensor dan ECU itu sendiri telah pun lebih 40 tahun dan sudah tentu wiring yang ada sudah tidak lagi effective, sensor dan ECU Rosak yang sukar dicari ganti. Pada tahap ini, Stand Alone ECU ialah jawapan yang terbaik, keseluruhan wiring enjin akan diganti wayar baru, anda boleh pilih sensor mana yang perlu pakai, mana yang tidak perlu pakai dan paling penting boleh kembalikan Kuasa Enjin itu sama seperti mana di era tahun keluarannya.
2. Faktor ECU terlampau canggih.
Di zaman serba canggih ini, Enjin ditambah dengan pelbagai sensor untuk menjadikannya lebih effective bagi kegunaan harian. Jika kenderaan yang diciptakan seperti ini, hendak digunakan oleh jiwa kelajuan yang sukakan modifikasi, ianya adalah sangat sukar untuk dibuat dengan menggunakan ECU asal. Banyak “limit” telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan seperti, Rev Limit, Speed Limit, Boost Limit, sehinggakan untuk buat perubahan dari segi Power pada enjin dengan menambah alat lain (piggy-back system), tidak memberi apa-apa kesan pada performance enjin. Pada Tahap ini, ECU stand Alone adalah jalan penyelesaiannya. Anda boleh pilih sensor yang perlu sahaja bekerja bersama Enjin yang telah anda lakukan modifikasi dan sudah tentu ianya menjanjikan 100% kuasa dari enjin tanpa ada apa-apa limitasi.
Enjin yang asalnya menggunakan distributor, mahu diubah kepada Ignition jenis Direct Fire (Individual Coil) memang memerlukan stand alone Engine Management System. Begitu juga untuk setup membuang Air Flow Sensor bagi enjin yang menggunakannya, memasang pendesak paksaan (Bolt On Turbo ataupun Supercharge), ianya adalah lebih mudah dan effective menggunakan Stand Alone ECU.
4. Conversion dari Sistem Carburetor ke sistem Electronic Fuel Injection (EFI)
Jika anda mahu tukar sistem karburetor ke EFI dengan mengambil Sistem EFI dari model Enjin Lain, anda perlu menggunakan kesemua sensor yang dipakai pada sistem EFI bagi memastikan sistem berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Jika anda gunakan Stand Alone ECU, Hanya sensor penting seperti Trigger (Cam / crank sensor), Throttle Posision Sensor, Water temp, Air Temp, Injector dan Coil sahaja diperlukan. Dan lebih penting lagi, anda boleh laraskan penggunaan Fuel dan Ignition timing sesuai dengan tahap modifikasi enjin.
Bagitulah 4 sebab utama kenapa anda perlu tukar kepada stand Alone ECU. Jika anda ada sebarang persoalan berkaitan pemilihan ECU dan ECU apa yang sesuai digunakan, boleh hubungi kami untuk sebarang bantuan.