Sejarah Ringkas
Ecu – Flash (Re-flash) atau Remap ini “dipanggil” bagi kenderaan keluaran tahun 1996 keatas. Istilah Reflash membawa maksud dalam ECU, terdapat 1 Chip (Flashable Memory) yang mana menyimpan data perjalanan ECU (mapping) yang boleh diubah suai melalui alat perantaraan (Interface) kemudiannya data itu masuk ke PC / Laptop.
Proses Read and Write ini meluas digunakan dalam Industri Automotive terutama bagi firmware Update (daripada Pembuat kenderaan) , Diagnosis Masalah Sensor Enjin yang hanya boleh dipadam melalui kaedah Remap dan juga Performance Upgrade bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan enjin.
Melalui proses Read and Write membolehkan kita untuk mengubah data ECU (dikenali sebagai ‘Peta’ atau “data operasi”) dalam format yang boleh dibaca manusia menggunakan software khas (ECU Editor). “Data operasi” inilah yang menyimpan semua maklumat mengenai Fuel System, Ignition Timing dan pelbagai lagi operasi enjin.
Antara alat (Interface) yang biasa digunakan untuk proses Read dan Write adalah seperti AUTOTUNER, COBB, EcuTek, KESS, KTAG, HP Tuners, Tactrix, EFI Live, Hondata FlashPro dan lain-lain.
Terdapat 3 kaedah yang digunakan dalam proses ini
:
Ini merupakan kaedah paling mudah dalam proses Read mahupun Write kerana hanya perlu sambung peralatan di OBD2 port, kita telah boleh lakukan proses remap.
Proses ini mudah namun bahaya kerana proses read and write hanya bergantung kepada Voltage bateri kereta yang mana ianya menghidupkan semua peralatan electronic dalam kereta (Panel meter, sensor-sensor enjin, lampu dan juga ECU). Dinasihatkan jika menggunakan kaedah OBD2, perlu ada alat tambahan seperti Battery Charger Khas untuk mengekalkan voltage bateri kereta pada 12.5 volt keatas sepanjang proses read mahupun write berlangsung bagi mengelakkan ECU “Brick” akibat voltage drop.
Bench mode ialah sistem komunikasi yang ringkas dan inovatif yang membolehkan kita membaca Data (kandungan lengkap ECU) tanpa perlu membukanya. Hanya beberapa wayar perlu disambungkan pada penyambung ECU (pinout) yang telah disertakan oleh pengeluar alat Remap.
Proses ini sangat stabil oleh kerana punca kuasa diambil daripada bekalan luar (power adaptor) dan risiko kerosakan ECU sangat minima kecuali tersalah sambung pinout. Tempoh masa untuk proses Remap lebih lama berbanding kaedah OBD2.
Boot Mode adalah kaedah lama yang digunakan untuk mengeluarkan data daripada ECU. Kaedah ini agak leceh oleh kerana perlu membuka Cover ECU setiap kali proses Read ataupun write dilakukan. Ianya memerlukan Skill Khas bagi membuka cover ECU tanpa meroakkan komponen electronic dalam ECU.
Proses ini sangat stabil oleh kerana punca kuasa diambil daripada bekalan luar (power adaptor) dan risiko kerosakan ECU sangat minima kecuali tersalah sambung pinout, akan tetapi memakan masa yang sangat lama untuk menyiapkan Proses Remap
Kami menawarkan Servis Remap sama ada anda bawa kenderaan di Outlet KTG, hantar file untuk lakukan tuning ataupun mahu Map Editor supaya boleh lakukan tune sendiri.
Custom Tuned kereta anda di kedai kami beradasarkan Dyno Result
Anda perlu membawa kenderaan di Kedai KTG supaya kami boleh tuned berdasarkan apa modifikasi yang telah dilakukan.
Hantar file original anda, KTG adjust parameter berdasarkan Result Dyno
Anda hanya perlukan peralatan Read and Write, hantar file kepada KTG. File terhad kepada Stage 1 dan Stage 2 sahaja
Edit File sendiri untuk lebih kepuasan supaya dapat result tuning lebih baik
File editor dihantar melalui format XDF ( Tuner PRO ) , Mappack ( winols ) dan juga Damos