Sejarah Ringkas
Semenjak zaman permulaan enjin diciptakan lagi, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kuasa enjin yang telah direka khas Engineer pengeluar kenderaan. Golongan ini mahu power lebih lagi dari apa yang telah ditetapkan. Dari zaman menggunakan Carburetor sehingga Electronic Fuel Injection, rasa tidak puas hati sentiasa ada dengan Engineer ini.
Namun zaman Electronic Fuel Injection adalah lebih complex kerana perlu berurusan dangan Micro Computer, dan ianya tidak semudah menukar mainjet carburetor. Selaras dengan peredaran zaman, muncul alat “Hack” bagi mengeluarkan data perjalanan ECU dengan menggunakan alat khas yang membolehkan pihak itu Read and Write semula data kedalam micro computer (ECU).
Masalahnya, data yang dapat dikeluarkan daripada ECU adalah dalam bentuk Hexadecimal / Binary dan tidak dapat dibaca dengan mata kasar oleh orang biasa. Jadi muncul lah Engineer yang faham bahasa Hexadecimal dan berusaha mentafsirkan data ECU tadi kepada mapping automotive yang biasa kita lihat.
Oleh itu, ECU Editor boleh dikatakan alat penterjemah data daripada ECU kepada bentuk mapping Automotive yang boleh kita faham dengan mudah.
:

Hexadecimal / Binary Format
Ini adalah contoh Hexadecimal / Binary file yang di buka menggunakan software Winols. Hexadecimal file ini diambil melalui proses “Read” daripada kereta Honda Civic FD (Enjin Petrol 4 Silinder – kod enjin R18).
Saiz file ini adalah 1024kb dengan mengandungi data Hexadecimal number
00 00 33 70 FF FF 10 00 00 00 1A F0 FF FF 10 00
pada perenggan pertama seperti dalam rajah. Apa yang kita boleh faham ?
ECU EDITOR ( software berbayar )
Terdapat beberapa Company besar dalam dunia ini yang menawarkan perkhidmatan mentafsirkan data Hexadecimal kepada bentuk Mapping Automotive yang biasa kita lihat. Contohnya Injection System (Injector Enrichment, Injection at full load, Injection base map) , Spark Advance Map , Speed Limit, Engine Rev Limit. Ini membolehkan kita tahu dimana patut adjust untuk menghasilkan Power bagi sesebuah enjin.
Antara company yang menawarkan perkhidmatan berbayar ini adalah Alientech ( ECM Titanium ) , Dimspot ( Race Evo ) , Bitedit , Winols dan beberapa nama lagi.


DTC EDITOR ( software berbayar )
Apabila proses menaik taraf keupayaan enjin dilakukan, kita tidak akan terlepas daripada masalah Check Engine Light. Oleh kerana setiap setting yang telah di tetapkan oleh pembuat kenderaan ( Engineer ), terdapat safety limit diletakkan supaya enjin yang telah dicipta dapat bertahan lebih lama dan mengikuti “safety regulation” yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh apabila kita mahukan enjin lebih berkuasa dengan menukar part ekzos iaitu Downpipe ( buang sistem catalytic converter ) , sistem ECU asal akan terganggu dan akan trigger masalah sensor kemudiannya akan mengeluarkan lampu check engine bagi memberi tahu pemandu ada masalah sensor.
Dengan menggunakan software yang betul, masalah ini dapat diselesaikan. Antara software yang digunakan adalah Swiftec , Bit Edit , Winols (dengan Mappack yang betul).
Sebahagian proses yang diceritakan disini adalah ringaksan proses kerja bagi memudahkan fahaman pembaca. Hakikat sebenar untuk menaik taraf keupayaan enjin dengan kaedah Mapping melibatkan banyak Software serta pemahaman yang jitu berkaitan enjin yang hendak dilakukan Tuning.
Ini bagi menjamin hasil Tuning nanti dapat memberi “result” yang bagus dari segi Power, Better Fuel Consumption dan Engine Reliability.
Service Options
Kami menawarkan Servis Remap sama ada anda bawa kenderaan di Outlet KTG, hantar file untuk lakukan tuning ataupun mahu Map Editor supaya boleh lakukan tune sendiri.

Remap + Dyno Tuned
Custom Tuned kereta anda di kedai kami beradasarkan Dyno Result
Custom Tuned
Anda perlu membawa kenderaan di Kedai KTG supaya kami boleh tuned berdasarkan apa modifikasi yang telah dilakukan.

Stage File
Hantar file original anda, KTG adjust parameter berdasarkan Result Dyno
Stage 1 & 2
Anda hanya perlukan peralatan Read and Write, hantar file kepada KTG. File terhad kepada Stage 1 dan Stage 2 sahaja

Mappack
Edit File sendiri untuk lebih kepuasan supaya dapat result tuning lebih baik
Unlimited Support
File editor dihantar melalui format XDF ( Tuner PRO ) , Mappack ( winols ) dan juga Damos