Perkara wajib untuk lakukan Remap adalah dengan mengeluarkan Data daripada ecu masuk kedalam laptop supaya data itu boleh di ‘edit’. Peralatan khusus perlu digunakan bagi membolehkan kita “hack” ecu asal supaya boleh di lakukan tuning
Bergantung kepada jenis ecu dan peralatan yang digunakan untuk proses Read & Write ecu , ada ecu yang memerlukan masa yang lama dan ada juga ecu yang boleh siap read serta write dalam masa yang singkat.
ECU Editor adalah sebuah software untuk mengubah parameter (mapping) asal daripada kilang dengan tujuan menjadikan enjin lebih respon dan bertenaga. Terdapat pelbagai jenama Software yang menawarkan Mapping yang boleh di’ edit’, antara jenama popular adalah ECM Titanium , Swiftec serta Race EVO.
Semasa proses edit dilakukan, kita juga boleh “delete” Trouble Code atau nama lain DTC yang bakal muncul apabila proses menaik taraf keupayaan enjin melalui Mapping yang akan dilakukan
Dyno Machine adalah platform professional untuk monitor penggunaan minyak (fuel consumption), monitor kuasa yang terhasil (Horsepower & Torque) dari enjin bermula dari low RPM hingga ke High RPM, monitor parameter enjin sesuai dengan keadaan pemanduan dan yang paling penting ianya bakal selamatkan kenderaan anda dan pengguna jalan raya lain.
Dalam proses remap, Dyno machine digunakan untuk mengukur Power asal sebelum dan selepas remap supaya boleh tahu berapakah kenaikan power selepas mapping dibuat.
Antara persoalan yang kerap ditanya apabila Remap dilakukan
Ya boleh rosakkan ECU jika proses remap tidak dilakukan dengan cara yang betul. Proses mengeluarkan data (file) daripada ECU sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan ECU rosak kekal. Digalakkan anda mencari Tuner berpengalaman untuk buat Remap kereta
Segala setting yang telah dilakukan selepas Remap adalah kekal tidak kira anda cabut bateri ataupun cabut keluar ECU daripada kereta.
Segala setting yang dilakukan dalam ecu adalah berkaitan fungsi enjin dengan tujuan menaik taraf power asal. Tiada kaitan dengan dengan kerosakan electronic part dalam ecu. Dalam Insutri Automotive juga terdapat nama besar seperti Brabus, HKS, AMG kesemuanya adalah menggunakan proses Mapping bagi menaik taraf keupayaan enjin.
ENJIN Boleh Rosak jika anda salah hantar kepada orang yang kurang berpengalaman dalam bidang tuning. Proses tuning adalah kerja yang sangat kritikal dan boleh memberi anda kepuasan pemanduan ataupun sebaliknya kerugian akibat kerosakan kekal pada enjin. Oleh itu, anda perlu memilih Tuner yang berpengalaman luas serta memiliki peralatan yang cukup untuk lakukan tuning seperti Dyno Machine dan sebagainya.
Boleh. Setiap data yang dikeluarkan daripada ECU kereta anda adalah hak anda. Anda boleh meminta Tuner data asal kereta supaya anda boleh simpan. Tujuannya adalah jika mahu jual semula kereta atau trouble shot masalah yang timbul kelak, bila-bila masa boleh "revert" ke setting kilang.