Enjin kenderaan yang dioptimasikan bukan sahaja mampu menjimatkan minyak kenderaan malah juga boleh membantu enjin kenderaan memberikan kuasa pecutan yang maksima dalam keadaan yang terkawal. Untuk mencapai matlamat tersebut, alat Dynamometer atau lebih dikenali sebagai Dyno adalah mesin terbaik dalam melakukan setting terbaik untuk enjin kenderaan. Walaupun Dyno adalah tempat terbaik untuk melakukan tuning enjin kereta anda, ia melibatkan kos yang tinggi.
Oleh itu kami di Tuner Academy melalui pengalaman dan ilmu yang khusus dalam bidang ini ingin membantu anda melakukan tuning enjin kenderaan anda pada kos rendah. Meskipun kos rendah, kami jamin hasilnya adalah setaraf optimasi enjin kenderaan dengan menggunakan mesin Dyno. Bagaimana kami melakukannya, berikut adalah apa yang kami lakukan.
Tune Enjin Kereta tanpa Dyno
Kami akan membantu anda untuk melakukan tune enjin kereta di jalan raya tanpa penggunaan Dyno. Kami melakukannya dalam keadaan yang selamat dan terkawal. Semua maklumat dan teknik tuning enjin tanpa Dyno ini telah kami himpunkan dalam siri video “Street Tuner”
Tuning On The Road adalah satu kemahiran yang penting bagi mana-mana Tuner, walaupun kereta anda telah di tune pada Dyno, kami masih mengesyorkan agar setiap setting itu diperiksa dan direalisasikan di jalan raya. Kami telah rakamkan video berkaitan cara Tuning “On the Road” yang diperlukan bagi tuning enjin dari awal hingga akhir. Ia bagi memastikan proses tuning yang anda lakukan pada enjin kenderaan anda boleh memberikan hasil yang optimum untuk pemanduan sempurna.
Perkara yang akan anda pelajari dari video Street Tuner:
Anda juga akan dibantu melalui Private Facebook Support Group melalui Seminar-Seminar Online yang diadakan hampir setiap minggu untuk memahami Piggy-back Engine Management System model / brand lain untuk memantapkan lagi Skill dan pemahaman dalam Sistem ECU.
p/s: Kursus ini menganggap anda telahpun mempunyai pemahaman asas EFI System, jika anda baru dalam bidang modifikasi enjin kenderaan, kami mencadangkan anda bermula dengan belajar asas dari halaman web kami ini sebelum memulakan kursus melalui VIDEO yang disediakan.
Introduction | How To Use a Map |
How To Use a Map | Input a Wideband Sensor |
Understanding Air Fuel Ratio | Driving Technique |
Steady State Tuning | Full Power Tuning |
Tuning Ignition Timing | Tuning Turbo Engine |
![]() |