MAPPACK

Ini adalah singkatan nama bagi Definisi file bagi menterjemahkan data hexadecimal kepada bentuk standard Automotive mapping dengan menggunakan software Winols.  Terdapat juga definisi dipanggil XDF yang mana digunakan pada software Tuner Pro dan ada juga dipanggil XML yang mana digunakan pada software ECUFLASH.

Kesemua software ini merupakan ‘3rd party software’ yang mana boleh dimiliki secara percuma dan ada juga yang memerlukan bayaran yang sangat minimum. 

Ianya tidak seperti software berbayar (ECM Titanium, Swiftec, Bit Edit) yang mana didalam software itu telah disertakan sekali Mappack sesuai dengan module ECU / kereta yang dibeli.

 

WinOLS

WinOLS ialah perisian profesional yang dibangunkan oleh EVC electronic untuk mengubah suai kandungan memori Unit Kawalan Enjin kenderaan (ECU). Ia memudahkan kita mencari Mapping yang terdapat dalam ECU, boleh dinamakan dan dilihat dalam cara text, bentuk 2d dan juga bentuk 3d.

Software berbayar ini hanya menunjukkan Map yang berpotensi sebagai parameter enjin tetapi tidak pasti betul ataupun tidak.

Selalunya untuk menggunakan WinOLS, perlu beli file format MAPPACK daripada Orang yang telah berjaya menemui mapping didalam sesebuah ECU. Tedapat juga file format DAMOS yang mana definisi parameter yang lebih detail dapat dikeluarkan daripada ECU dan biasanya file Damos ini dijual dengan harga yang sangat mahal.

From RM500

TunerPro

TunerPro merupakan software editor percuma yang membolehkan anda Edit Bin File / Hex File. Software TunerPRO boleh download secara percuma. Ya. FREE.

Apa yang diperlukan adalah Binary File (file daripada ecu) dan juga XDF. XDF atau nama lainnya Definition File adalah penterjemah untuk menghuraikan setiap data daripada Binary File kepada bentuk Mapping Automotive yang mudah kita fahami. 

KTG menyediakan perkhidmatan membuat XDF bagi sesiapa yang berminat untuk Edit File kereta sendiri. Antara model kenderaan yang support adalah Honda, Toyota, Mitsubihi dan Proton

From RM250

EcuFlash

EcuFlash merupakan software percuma yang dibangunkan oleh Tactrix. Pada awal penubuhan software ini fokus kepada kenderaan daripada model Mitsubishi dan juga Subaru. Namun jika anda tahu kaedah programming untuk mengubah data Binary / Hex kepada parameter mapping format XML, anda boleh gunakannya kepada apa jual model kenderaan.

KTG menyediakan XMLuntuk model kereta Mitsubishi dan Proton pada harga  berpatutan.

From RM250

F.A.Q.

Antara persoalan yang kerap ditanya apabila Remap dilakukan

Ya boleh rosakkan ECU jika proses remap tidak dilakukan dengan cara yang betul. Proses mengeluarkan data (file) daripada ECU sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan ECU rosak kekal. Digalakkan anda mencari Tuner berpengalaman untuk buat Remap kereta

Segala setting yang telah dilakukan selepas Remap adalah kekal tidak kira anda cabut bateri ataupun cabut keluar ECU daripada kereta.

Segala setting yang dilakukan dalam ecu adalah berkaitan fungsi enjin dengan tujuan menaik taraf power asal. Tiada kaitan dengan dengan kerosakan electronic part dalam ecu. Dalam Insutri Automotive juga terdapat nama besar seperti Brabus, HKS, AMG kesemuanya adalah menggunakan proses Mapping bagi menaik taraf keupayaan enjin.

ENJIN Boleh Rosak jika anda salah hantar kepada orang yang kurang berpengalaman dalam bidang tuning. Proses tuning adalah kerja yang sangat kritikal dan boleh memberi anda kepuasan pemanduan ataupun sebaliknya kerugian akibat kerosakan kekal pada enjin. Oleh itu, anda perlu memilih Tuner yang berpengalaman luas serta memiliki peralatan yang cukup untuk lakukan tuning seperti Dyno Machine dan sebagainya.

Boleh. Setiap data yang dikeluarkan daripada ECU kereta anda adalah hak anda. Anda boleh meminta Tuner data asal kereta supaya anda boleh simpan. Tujuannya adalah jika mahu jual semula kereta atau trouble shot masalah yang timbul kelak, bila-bila masa boleh "revert" ke setting kilang.

Copyright © 2025 Tuned by KTG.