Apa Itu Dyno Machine

Dyno Machine bukanlah alat sekadar untuk mencari atau tempat mengeluarkan kuasa kuda (Horse Power) dari enjin kereta performance dengan hanya menekan pedal minyak rapat ke lantai semata-mata.

Dyno Machine adalah platform professional untuk monitor penggunaan minyak (fuel consumption), monitor kuasa yang terhasil (Horsepower & Torque) dari enjin bermula dari low RPM hingga ke High RPM, monitor parameter enjin sesuai dengan keadaan pemanduan dan yang paling penting ianya bakal selamatkan kenderaan anda dan pengguna jalan raya lain.

Proses Dyno hanya “run” kereta atas roller Dyno Machine tanpa perlu ke jalanraya sebenar. Ianya adalah Machine simulasi pemanduan di Jalan Raya yang tepat, effisyen dan merupakan “High End” product dalam bidang Automotive.  Di KTG kami dapat membuat Dyno samada pacuan 2 roda (2WD) dan juga pacuan 4 Roda (4WD).

Kereta lumba sahaja perlukan Dyno ?

Tidak. Secara asas nya, setiap Production kenderaan yang anda gunakan sekarang ini, telah pun melalui proses tuned dengan menggunakan Dyno Machine. Sebagai contoh kereta Honda Civic FK8 Type R telah pun menjalani proses Tuned bermula dari start enjin, pemanduan perlahan, pemanduan laju sehingga kepada bukaan penuh power enjin semasa Wide Open Throttle (WOT) dan membawa kepada result 306 Horsepower dengan 400 Nm torque. Ini membolehkan pengguna membawa kereta dengan lancar, dapat penjimatan fuel yang optimun dan boleh tekan rapat pedal minyak tanpa risau enjin pecah oleh kerana telah ditala daripada kilang.

Bilamana kenderaan semakin berusia serta berlaku proses wear and tear dalam enjin dan anda rasakan kurang tenaga terhasil enjin, maka disinilah peranan Dyno Machine.

Dyno Run adalah proses monitor prestasi enjin kereta menggunakan peralatan khas, iaitu Chassis Dynamometer bagi membolehkan kita tahu :

1. Horse Power dan Torque maksimum yang dihasilkan oleh enjin kereta samada berada pada tahap optimum ataupun tidak.

2. Boleh mengetahui Nisbah campuran udara dan bahan api yang terhasil dari proses pembakaran dalam enjin (AFR) sama ada cukup, kurang ataupun terlebih.

3. Power band yang dihasilkan oleh enjin yang dikeluarkan dalam bentuk data boleh di kaji dan lakukan analisis untuk proses pembaikan, modifikasi ataupun Tuning ECU pada masa akan datang.

Proses Dyno Run memakan masa antara 15 ke 30 minit bagi sesebuah kereta.

Service Options

Kami menawarkan Servis Remap sama ada anda bawa kenderaan di Outlet KTG, hantar file untuk lakukan tuning ataupun mahu Map Editor supaya boleh lakukan tune sendiri.

Remap + Dyno Tuned​

Custom Tuned kereta anda di kedai kami beradasarkan Dyno Result

Custom Tuned​

Anda perlu membawa kenderaan di Kedai KTG supaya kami boleh tuned berdasarkan apa modifikasi yang telah dilakukan.

Stage File

Hantar file original anda, KTG adjust parameter berdasarkan Result Dyno

Stage 1 & 2

Anda hanya perlukan peralatan Read and Write, hantar file kepada KTG. File terhad kepada Stage 1 dan Stage 2 sahaja

Mappack

Edit File sendiri untuk lebih kepuasan supaya dapat result tuning lebih baik

Unlimited Support

File editor dihantar melalui format XDF ( Tuner PRO ) , Mappack ( winols ) dan juga Damos

Want to deal with us ?

Anda boleh hubungi terus KTG melalui pilhan dibawah

Copyright © 2025 Tuned by KTG.